JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA – SOALAN – SOALAN – LAZIM – PROGRAM REKALIBRASI TENAGA KERJA 2.0

SOALAN – SOALAN LAZIM (Frequently Asked Questions)

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (Labour Recalibration Programme 2.0)

  • 1. Apakah itu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0?

     Program Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat-syarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

  • 2. Siapakah yang layak menyertai Program ini?

    KELAYAKAN MAJIKAN
    i. Hanya majikan yang sah daripada sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian,Perladangan, Perlombongan & Pengkuarian, Pengawal Keselamatan (warganegara Nepal (lelaki), Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Perkhidmatan;
    ii. Sub Sektor Perkhidmatan seperti - Restoran,Pembersihan & Pencucian, Borong & Runcit, Pengendalian Kargo, SPA, Refleksologi, Kedi (Lelaki), Hotel, Resort di Pulau Peranginan, Dobi, Logam/Barang Lusuh dan Gudang Darat;
    iii. Sektor Beku adalah – Perniagaan Tekstil, Tukang Emas, Tukang Gunting Rambut, Rumah Kebajikan dan Kitar Semula;
    iv. Tertakluk kepada kuota yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk Pengawal Keselamatan;Tarikh Kemaskini : 19 Januari 2023
    v. Pematuhan kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing sedia ada seperti warganegara, jantina, had umur, bayaran levi, kelayakan pas dan sebagainya; DAN
    vi. Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
    vii. Tidak Diisytiharkan muflis dan mempunyai kes yang belum selesai dengan JIM.
    KELAYAKAN PATI
    i. Hanya 15 negara sumberSAHAJAuntuk lain-lain sektor(Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan);
    ii. Hanya 9 negara sumber SAHAJA untuk Pembantu Rumah Asing PRA (Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia);
    iii. Untuk pendaftaran PRA melalui  Portal RTK 2.0 akan dimaklumkan kemudian;
    iv. PATI yang telah melakukan kesalahan pada atau se belum 31 Disember 2022 dibawah:
    v. Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63;
    vi. Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63;
    vii. Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat pas di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen, 1963;
    viii. PATI yang telah mendaftar di dalam Program Rehiringdan Program 6P;
    ix. PATI yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan;
    x. PATI yang dilaporkan lari oleh majikan dan direkodkan dalam sistem JIM tidak layak menyertai Program RTK 2.0;
    xi. Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
    xii. Kelayakan umur bagi PATI adalah 18 hingga 49 tahun semasa pendaftaran;xiii.Telah menjalani saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) dan diperakui (fit to work);

  • 3. Berapakah kos yang perlu dibayar bagi program ini?

    KADAR BAYARAN
    Wang CagaranFi RekalibrasiLain-lain bayaran
    TIADA Wang Cagaran dikenakanRM 1,500.00 setiap pekerja asing

    a.Pemeriksaan FOMEMA;
    b. Levi;
    Sektor Perkilangan, Pembinaan,Perlombongan & Pengkuarian, Pengawal Keselamatan, dan Perkhidmatan: RM 1,850.00;

    i. Sektor Perladangan dan Pertanian: RM 640.00;

    c. PLKS: RM 60.00;

    d. Proses: RM 125.00; dan

    e. Visa (mengikut warganegara

Kaedah pembayaran adalah secara kad kredit dan kad debit SAHAJA. Pembayaran secara TUNAI tidak diterima.